Nama baru, Pusat Pembangunan Pelajar. Pusat ini mempunyai EMPAT (4) unit yang akan melaksanakan aktiviti pembangunan pelajar kepada para siswa siswi UNIMAS iaitu :
1.Unit Pentadbiran Am dan Perolehan
2.Unit Kokurikulum Berkredit
3.Unit Pembangunan Insan
4.Unit Kerjaya dan Kebolehpasaran
Berikut adalah peranan dan fungsi setiap unit di PPP :
Unit Pentadbiran Am dan Perolehan
Bertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan perancangan pengurusan dan pentadbiran am serta urustadbir kewangan & perolehan di PPP. Ianya juga memainkan peranan sebagai unit sokongan di dalam pelaksanaan aktiviti-aktiviti semua unit yang dirancang di PPP.
Unit Kokurrikulum Berkredit
Bertanggungjawab bagi merancang dan melaksanakan kursus Kokurrikulum Berkerdit (PPD 1032) untuk seluruh pelajar ijazah sarjana muda di UNIMAS. Unit ini akan memastikan bahawa semua kursus yang ditawarkan dilaksankan dengan jayanya dan pelajar tidak tercicir sebelum mereka menamatkan pengajian. Unit ini juga bertanggungjawab untuk melantik dan melatih tenaga pengajar secara berterusan agar kursus ini memberi manafaat secukupnya kepada para graduan. Adalah dicadangkan juga agar beberapa penawaran program beruniform termasuklah PALAPES, SUKSIS dan JPAM dikekalkan di PPP.
Unit Pembangunan Insan
Bertanggungjawab bagi menggubal, memantau dan melaksanakan Kursus Kemahiran Insaniah termasuklah kursus Starting School dan Finishing School, menganjur program bersifat pembangunan sahsiah pelajar (contohnya program motivasi bagi pelajar yang telah Gagal Berhenti) dan program bersifat pembangunan personaliti pelajar termasuklah program bersama masyarakat. Unit ini juga bertanggungjawab dalam memperkasakan peranan Jawatankuasa Pemajuan Pelajar dan Jawatankuasa Kesihatan Mental di UNIMAS. Unit ini akan melihat semula penawaran kursus PPD 1011 (Ketrampilan Diri) agar ianya dilaksanakan sebagai satu kursus wajib namun tidak dikreditkan seperti yang dilakukan oleh IPTA-IPTA lain. Ini kerana pelajar-pelajar yang terlibat di dalam kegiatan beruniform akan terlibat secara langsung dengan penempatan mereka di Kolej Kenanga.
Unit Kerjaya dan Kebolehpasaran Graduan
Bertanggungjawab bagi merancang, mengendali dan memantau aktiviti-aktiviti latihan industry dan kebolehpasaran siswa serta memastikan para pelajar yang bakal bergraduat bersedia dari pelbagai aspek fizikal, mental dan spiritual agar mereka mampu menempuhi realiti kehidupan dan fenomena dunia pekerjaan masa kini. Unit ini perlu memastikan setiap program yang dikendalikan berupaya melengkapi pelajar yang bakal bergraduat dengan ciri-ciri employability dan marketability. Unit ini juga akan dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan kajian Tracer Study yang kini dilakukan oleh pihak Unit Alumni di Pusat Khidmat Pelajar.